Animasi komputer
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Animasi komputer adalah seni menghasilkan gambar bergerak dengan sendiri melalui penggunaan komputer dan merupakan sebahagian bidang komputer grafik dan animasi. Animasi semakin banyak dihasilkan melalui grafik komputer 3D, walaupun grafik komputer 2D masih banyak ada. Kadangkala sasaran animasi adalah komputer itu sendiri, kadangkala sasaran adalah perantaraan lain, seperti filem.Untuk menghasilkan gambar pergerakan, imej dipaparkan pada skrin komputer dan diganti dengan imej baru yang seiras gambar sebelumnya dengan pantas. Teknik ini serupa dengan bagaimana gambar bergerak dihasilkan melalui televisyen dan filem.
Animasi komputer 3D pada asasnya merupakan pengganti digit bagi seni animasi gerak pegun (stop motion); patung animasi dibina pada skrin komputer dan dipasang dengan rangka siber. Kemudian anggota badan, mata, mulut, pakaian, dan lain-lain bagi patung 3D digerakkan oleh juruanimasi. Akhirnya, animasi dihasilkan.
Contoh mudah
Gambar pertama dipaparkan pada skrin. Kemudian gambar kedua yang mungkin sebahagian kecil atau sama saiz dengan gambar pertama ditindih pada gambar pertama. Proses ini diulang beberapa kali, setiap kali gambar yang baru menunjukkan sedikit perubahan. Sekiranya proses ini diulang dengan cukup pantas, ia kelihatannya seperti bergerak. Prosedure ini merupakan asas kepada semua filem bergerak dan televisyen.Rancangan TV dan filem
Filem singkat CGI telah dihasilkan sebagai animasi bebas semenjak 1970-an, walaupun animasi komputer menjadi popular (terutama dalam bidang kesan khas) melonjak ketika era moden animasi di Amerika Syarikat. Siri animasi yang dihasilkan komputer sepenuhnya dikenali sebagai ReBoot.DI bawah merupakan senarai filem dan rancangan telivisyen terpilih yang menggunakan animasi komputer.
- Animusik
- Antz
- Beast Wars
- A Bug's Life
- Chicken Little
- Futurama
- The Fairly OddParents
- Final Fantasy: The Spirits Within
- Finding Nemo
- Ice Age
- The Incredibles
- The Adventures of Jimmy Neutron: Boy Genius
- Madagascar
- Monsters Inc.
- The Polar Express
- ReBoot
- Robots
- Rolie Polie Olie
- Shadow Raiders
- Shark Tale
- Shrek
- Thomas & Friends
- Toy Story
- Veggie Tales
- Waking Life
- Final Fantasy VII Advent Children
Di Malaysia
Rancangan TV animasi komputer telah banyak dihasilkan dan ditayangkan di televisyen tempatan khususnya RTM. Filem animasi komputer juga telah dihasilkan seperti Budak Lapok, Geng: Pengembaraan Bermula dan Paddlepop Adventure.Terdapat juga cerita bersiri animasi komputer yang telah ditayangkan di Malaysia seperti Upin & Ipin, Boboiboy dan banyak lagi.
Animasi imej terbenam di Wikipedia
Pautan luar
Aplikasi
- (Inggeris) ArtOfIllusion Modeller
- (Inggeris) Blender (Pakej pemodelan yang percuma dan hebat)
Studio yang menggunakan animasi komputer
- (Inggeris) Blue Sky Studios (Ice Age)
- (Inggeris) Mainframe Entertainment (Beast Wars, Reboot, Shadow Raiders)
- (Inggeris) PDI Dreamworks formerly Pacific Data Images (ANTZ, Shrek)
- (Inggeris) Pixar Animation Studios (Toy Story, Monsters Inc., A Bug's Life, Finding Nemo, etc.)
- (Inggeris) Rhythm and Hues Studios (Babe, The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe, Charlotte's Web, Superman Re
Tidak ada komentar:
Posting Komentar